Thursday, 27 September 2012

KEDATANGAN KUASA LUAR


KEDATANGAN KUASA LUAR
PORTUGIS
  • Portugis ingin menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara kerana harganya tinggi dan menguntungkan.
  • Portugis ingin menyebarkan agama Kristian.
  • Portugis ingin menguasai pelabuhan Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal.
  • Portugis telah menguasai Melaka dari tahun 1511 hingga tahun 1641.
BELANDA
  • Pada tahu 1602, Belanda menubuhkan V.O.C (Kompeni Hindia Timur Belanda)
  • Belanda ingin menguasai perdagangan rempah di Timur. Belanda ingin menguasai perdagangan kain dari India dan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Melayu.
  • Belanda ingin menghancurkan kekuasaan Portugis di Timur. Pada tahun1606, Belanda dan Johor membuat perjanjian untuk menentang Portugis di Melaka.
  • Johor membantu Belanda mengusir Portugis dari Melaka pada tahun 1641
British
  • Pada tahun 1600, pedagang British menubuhkan Kompeni Hindia Timur British untuk menguasai perdagangan di Timur.
  • Kerajaan British ingin mencari sebuah pangkalan di Gugusan Kepulauan Melayu untuk melindungi kepentingan mereka terhadap ancaman Perancis.
Jepun
  • Jepun berhasrat memindahkan penduduknya ke negara lain kerana kekurangan tanah pertanian dan bilangan penduduknya yang semakin bertambah.
  • Jepun perlu mendapatkan bahan mentah serta pasaran baru bagi kemajuan perusahaan kilangnya.
  • Jepun mahu membantu negara-negara Asia mengusir kuasa Barat dari Asia dan meniup semboyan "Asia untuk orang Asia"
  • Jepun ingin menubuhkan kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya untuk memajukan ekonomi negara-negara Asia.

2 comments: