Tuesday 11 December 2012

Relaks Minda


Berehat sebentar...jangan stress


KUIZ 2

KUIZ 2

Topik : Penentangan Terhadap Penjajah

  1. Sultan Mahmud Shah gagal menawan semula Melaka Daripada Portugis disebabkan kekukuhan Kota _____________________
  2. Tindakan Residen British, iaitu J.W.W Birch yang mengharamkan amalan menyimpan ____________ telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pembesar tempatan.
  3. Rentap ialah ketua masyarakat Iban di _____________________ Sarawak.

KUIZ 1


KUIZ 1

Topik : Penentangan Terhadap Penjajah

Namakan tokoh tempatan yang menentang kuasa luar di bawah.

  1. Portugis di Melaka : _____________________
  2. British di Perak      : _____________________
  3. British di Sabah      : _____________________
  4. British Di Sarawak : _____________________

Thursday 22 November 2012

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

PEMIMPIN DAN TOKOH TEMPATAN
FORCE 136
Force 136

Mejar Tengku Mahmud

  • Force 136 ditubuhkan untuk menentang Jepun oleh tentera Bersekutu di pahang, Johor dan Kedah.
  • Force 136 melancarkan perjuangan secara gerila (bawah tanah)

Wednesday 21 November 2012

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

PEMIMPIN DAN TOKOH TEMPATAN
DATUK MAHARAJA LELA



  • Datuk maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan Penghulu Pasir Salak.
  • Pada bulan November 1874, berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W Birch.
  • Pelantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
  • Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Datuk Sagor, Pandak Indut, dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuh J.W.W Birch dan berazam menghalau British keluar dari Bumi Perak.

Saturday 6 October 2012

LOKASI MALAYSIA

LOKASI MALAYSIA
Di Asia Tenggara

  • Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara.
  • Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH
Pemimpin dan tokoh tempatan.
  • Perubahan dalam sistem pentadbiran telah menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar kehilangan kuasa. British telah memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat. Keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British.