Saturday 6 October 2012

LOKASI MALAYSIA

LOKASI MALAYSIA
Di Asia Tenggara

  • Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara.
  • Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.
Di Benua Asia
  • Malaysia terletak di Benua Asia, iaitu benua yang terbesar di dunia.
  • Benua yang terkecil ialah Benua Australia.
  • Terdapat 7 benua di dunia iaitu :
    • Benua Asia
    • Benua Afrika
    • Benua Eropah
    • Benua Australia
    • Benua Antartika
    • Benua Amerika Utara
    • Benua Amerika Selatan
Malaysia terletak di kedudukan yang strategik, iaitu dipertengahan jalan perdagangan di antara Timur dan Barat. Keistimewaan ini mendorong peluang pekerjaan, perkembangan industri pelancongan dan perdagangan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment