Wednesday 21 November 2012

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH

PEMIMPIN DAN TOKOH TEMPATAN
DATUK MAHARAJA LELA



  • Datuk maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan Penghulu Pasir Salak.
  • Pada bulan November 1874, berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W Birch.
  • Pelantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
  • Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Datuk Sagor, Pandak Indut, dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuh J.W.W Birch dan berazam menghalau British keluar dari Bumi Perak.
  • Pada 2 November 1875, J.W.W Birch dan rombongannya tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengistiharan mengambil hak memungut cukai oleh british.
  • Penduduk Pasir Salak telah mengiyakkan surat pengistiharan yang membolehkan British memungut cukai. Kesempatan tersebut telah digunakan oleh datuk Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh Birch.
  • Pembunuhan J.W.W Birch telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak.
  • datuk Maraja Lela dan Datuk Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan Britih berjaya dikalahkan dan kapten Innes terkorban. Pertempuran yang yang dikenali sebang Perang perak itu telah berlaku hampir setengah tahun. British mendapat bantuan tentera daripada India dan Hong Kong dan berjaya mengalahkan pejuang Perak.
  • Pada tahun 1877, Datuk Maharaja Lela, datuk sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

1 comment: