Datuk maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan Penghulu Pasir Salak.
Pada bulan November 1874, berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W Birch.
Pelantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Datuk Sagor, Pandak Indut, dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuh J.W.W Birch dan berazam menghalau British keluar dari Bumi Perak.